Saturday, 21 October 2017

petua kurus

Sebolehnya kebanyakan wanita nak cantik dan buang lemak degil dengan cara yang mudah. Tak perlu ambil pil-pil yang belum tentu berkesan sebab anda boleh cuba petua tradisional yang menggunakan bahan alami.
 Jadi bagi anda yang masih gigih mencari petua yang serasi, anda boleh cuba resepi yang dikongsikan oleh Puan Tengku Wdec ini…
Tengku nak share resepi jugak ni. Tapi resepi kuruskan badan pakai bahan-bahan kat dapur. Ilmu tak baik simpan. Betul tak?
Resepi ni datang dari seorang wanita berbangsa cina. Body memang cantik. Luar dalam cantik. Tak payah susah-susah beli jamu/detox atau herba apa-apa yang kita tak tau entah bahan dari mana. Jadi cuba resepi tradisional ni untuk dalaman dan luaran.
Cuma guna 3 jenis bahan semula jadi je….

Cara penyediaan :

1. Potong halus 3 bahan :-

3 biji lemon (jangan buang kulit) potong
3 labu bawang putih (buang kulit) potong
2-3 inci halia (buang kulit) potong
2. Campur bahan tadi bersamaan 1.5 liter air
3. Rebus selama 6-8 jam (slow cooker)
4. Sejukkan dan blend (akan jadi pekat macam pati)
5. Tapis or tak terpulang. Saya tak tapis ?
6. Lepastu dah boleh minum

NOTA:

*Lemon tu beli yang tempatan. Jangan beli yang diimport (dah disembur bahan kimia) sebab rasa agak pahit. Nak kurang pahit campur dengan madu.

*Jangan risau pasal bau bawang sebab bau akan hilang bila dah campur dengan bahan lain.
*Mommy bf boleh minum. Yang best badan terasa ringan je. Dah minum jadi ketagih je. Memang betul-betul banyak khasiat.
*Jika guna dapur gas. Gunalah api yang paling perlahan, jika api kuat ia akn kering. Ada yang tak tau slow cooker tu apa. Macam periuk nasi dalamnye tembikar. Boleh masak 8jam. Tak risau hangus ke kering. Masak dari malam, pagi tu boleh off. Kalau atas dapur gas biasa sendiri mau ingat laa.
Ambil sebelum breakfast untuk kurus, perut kempis dan pelbagai lagi khasiat

Cara minum:

1. Setiap pengambilan ambil 2 sudu + madu 1 sudu. Ambil pagi sebelum breakfast (perut kosong) dan malam sebelum tidur
2. Selebihnya simpan dalam peti dan amalkan setiap hari

Kelebihan/khasiat:

3. Nak kurus + perut kempis + buang toksin + buang air lawas + untuk dalaman wanita + buang angin + badan ringan + macam-macam lagi khasiat.
Khasiat lemon bila diamalkan setiap pagi (especially diamalkan setiap pagi).
1) Minum air lemon sebelum makan/minum apa-apa pada waktu pagi dapat fine tune sistem penghadaman kita dan mencegah daripada masalah seperti perut kembung, angin dan heartburn.
2) Lemon ni bersifat antiseptik dan mmg terer dalma “membersihkan” hati kita (bukan masalah emosi ye), selain buah pinggang dan darah kita. Kiranya, kita akan berasa lagi selesa dan lebih bertenaga!

3) Lemon merupakan sumber vitamin C yang utama. Kalo kita minum pagi-pagi lagi, kita dah tak yah risau untuk memenuhi kuota vitamin C kita. Lemon juga kaya dengan mineral seperti potassium, kalsium dan magnesium.
4) Ramai yang ingt lemon ni ada acidic effect dalam badan kita. Tapi sebenarnya keadaan ini ditentukan oleh cara kita amalkannya. Kalau kita amalkannya sebelum makan apa-apa, lemon sebenarnya dpt mengalkalikan badan kita, iaitu pH dalam badan kita dpt diseimbangkan.
5) Of course, kalo sebut ttg vitamin C, mestilah efeknya pada kulit kita pun bagus. Kulit kita akan jadi lg cantik, bukan saja sbb vitamic C dia, tapi kebaikan lemon yg ada efek antibiotik, antioxidant dan cleansing secara keseluruhan.

Friday, 20 October 2017

kanser

Hampir dua tahun berlalu sejak kali terakhir Nona bertemu wanita jelita ini. Pertemuan merangkap sesi fotografi dan temu bual itu membibitkan persahabatan, sekaligus memberikan kami kesempatan yang luas untuk saling berbahagi pengalaman.
Cerita Murni Hafiza Mohd Zamri, 32, kanser payudara mengajarnya banyak perkara. Nasib kurang baik, dia menghidap kanser pada usia muda dan ketika kehidupan rumah tangga mereka baru bermula.
“Penyakit kanser yang saya hidapi mula dikesan pada tahun 2011. Setepatnya beberapa bulan selepas saya melahirkan anak, Athirah Najwa. Pada masa itu saya hanya bergelar suri rumah sambil berniaga kecil-kecilan secara online.
Awalnya, saya langsung tak sangka ketulan kecil di payudara kanan menandakan sesuatu yang berbahaya. Selepas dibiarkan, lama-kelamaan payudara kian membengkak dan menyakitkan.
Kami terus ke klinik dan kemudiannya dirujuk ke Hospital Seremban untuk pemeriksaan lanjut sekitar awal tahun 2012. Dengan perasaan berdebar-debar, saya kuatkan hati untuk mengikut segala proses yang ditetapkan.”
Berita yang singgah ke telinga Murni sememangnya sesuatu yang telah dijangka. Benar, dia disahkan menghidap kanser payudara dan pembedahan perlu dilakukan segera.
“Dalam keluarga saya memang ada sejarah ahli keluarga yang meninggal dunia akibat kanser. Mulanya saya tak sangka akan mendapatnya tapi setelah berfikir panjang, saya yakin bahawa kanser itu boleh diwarisi,” ujarnya dengan tenang.
Sebaik peristiwa itu, Murni sekeluarga berikhtiar untuk berubat cara kampung dahulu. Antara yang dicuba ialah kaedah rawatan Islam dan mengambil ubat-ubatan berasaskan herba tradisional.
Pendek kata, semua yang dikhabarkan baik untuk sembuh, telah dicuba. Mereka sedaya upaya berusaha untuk merawat kanser Murni tanpa melibatkan pembedahan.
“Macam-macam usaha kami buat tapi semakin hari semakin merebak kanser di dalam tubuh saya. Seluruh payudara makin sakit membengkak sampai mengeluarkan darah. Pada suatu tahap, saya betul-betul tertekan.
Akhirnya saya tekad menyerahkan diri kepada pakar perubatan. Daripada Hospital Seremban, saya dikejarkan terus ke Hospital Putrajaya kerana kemudahan di sana yang jauh lebih lengkap.
Pembedahan membuang sebelah payudara atau mastektomi pun segera dijalankan. Doktor turut mengambil kulit di bahagian belakang tubuh saya untuk ‘menampal’ bahagian payudara yang dibuang. Parutnya hampir sebesar tapak tangan.”

Ikhtiar Untuk Sembuh
Riak wajah tenang yang terpamer di wajah Murni bukan bererti hatinya tidak bergelora. Mungkin, hanya suami tercinta, Shahizul Hafiz Ismail sahaja yang mengerti segala-galanya.
“Jujurnya saya sentiasa dalam situasi saspens, panik dan terkejut apabila memikirkan tentang Murni.
Hati saya gundah gulana, tapi apabila memandang wajahnya, saya jadi tenang sebab dia sendiri pun reda dengan takdir yang menimpa. Kami serahkan semua kepada Yang Maha Esa,” jawab Hafiz.

Selain Hafiz, ibu Murni juga merupakan individu yang paling banyak menghulurkan bantuan. “Ibu saya banyak membantu menguruskan diri saya. Dialah yang bersusah payah menjaga saya siang dan malam, begitu juga adik-beradik lain yang kerap membelikan pelbagai suplemen untuk dicuba.
Hafiz pula banyak menumpukan masa untuk menjaga Athirah. Maklumlah, sewaktu saya sakit, dia masih sangat kecil dan memerlukan perhatian serta kasih sayang ibu bapa.
Timbul juga rasa sedih kerana tidak dapat menjaganya sebaik ibu-ibu sihat yang lain,” tutur Murni yang kini hanya bekerja secara sambilan sebagai Yakult Lady.

Tersentuh hati apabila Murni bercerita, Hafiz juga ada masanya akan membantu mengelap tubuh dan membuat urutan untuk melegakan kesakitan yang ditanggung. Sedikit sebanyak meringankan deritanya yang tidak lagi selincah dahulu.
Selepas pembedahan, Murni terpaksa melalui beberapa siri kemoterapi dan rawatan radioterapi. Dalam tempoh memeritkan ini, dia sukar untuk makan kerana asyik muntah sehingga berlarutan selama dua hari.
Terpaksa melalui enam pusingan kemoterapi (dua minggu sekali) dan 21 pusingan radioterapi pastinya satu kenangan pahit yang sukar dipadamkan daripada ingatan.
“Sakit waktu rawatan kemoterapi tu Tuhan sajalah yang tahu. Bukan saja muntah, tapi saya hilang selera makan, lidah rasa kosong, tekak payau dan rasa panas yang amat. Habis segala rambut dan bulu-bulu gugur masa jalani rawatan pertama,” kongsinya.
Pernah terjadi, kulit yang dibedah sukar bercantum sehingga menyukarkan pergerakan hariannya. Murni juga terpaksa menjaga pergerakannya sebaik mungkin kerana kesan pembedahan masih terasa sehingga ke hari ini.
“Sampai sekarang saya masih berjaga-jaga. Masih ada lagi rasa sejuk dan kebas di bahagian dada. Paling menyakitkan adalah sewaktu sesi radioterapi, masih teringat sakitnya bagai terbakar kulit. Panas sangat!” katanya terus-terang.

Enam tahun berlalu. Berkat kesabaran dan semangat yang kuat untuk sembuh, kini Murni disahkan bebas kanser. Ucapan syukur tak lepas-lepas dari bibirnya. Bagaikan orang mati hidup semula, begitulah perasaan Murni sekarang.
“Saya bersyukur kepada Allah SWT kerana memberi kesembuhan kepada saya. Kanser mengajar saya banyak perkara dan salah satunya agar lebih menghargai suami, ibu bapa serta ahli keluarga dengan sebaik mungkin. Mereka sentiasa ada walaupun pada waktu paling teruk saya. Perhatian mereka terlalu berharga.
Saya juga tekad mahu berbakti pada masyarakat. Kini saya aktif menyertai Friends of Positive Image yang dianjurkan oleh Yayasan Budi Penyayang bagi menyeru kepada pesakit-pesakit kanser serta ahli keluarga mereka supaya sama-sama menyertai kelab ini.

Kelab Friends of Positive Image ini juga mengadakan pelbagai aktiviti untuk pesakit kanser, contohnya dengan membantu keluarga pesakit dan mendapatkan kerja untuk menyara kehidupan mereka.
Saya sendiri berusaha melibatkan diri dalam setiap mesyuarat dan aktiviti yang dijalankan. Semoga pengalaman dan semangat ini sedikit sebanyak dapat membantu pesakit lain melalui tempoh-tempoh getir dalam hidup mereka,” azam Murni yang turut menyatakan penghargaannya kepada Yayasan Budi Penyayang kerana pernah memberi bantuan berupa coli payudara silikon atau coli mastektomi untuk kegunaan hariannya.
“Saya juga giat mengamalkan gaya hidup sihat secara sederhana. Pemakanan yang betul turut diutamakan kerana banyak penyakit kronik pada zaman sekarang bermula dengan gaya diet yang tidak betul. Yang penting makan makanan seimbang, elakkan makanan berlemak dan banyakkan pengambilan buah-buahan dan sayuran segar,” akhirinya. Norzalina Mohd Alias

anak aktif

Kita mudah sangat rasa geram dan marah pada kanak-kanak yang tak reti duduk diam, tak kiralah sama ada anak sendiri atau anak orang lain.
"Hishh budak ni terlompat sana, terlompat sini. Baru duduk sekejap dah berlari. Mak dia ni tak tau ajar ke anak duduk diam." marah kita dalam hati bila ada kanak-kanak yang tak reti duduk diam di tempat awam.
Kalau anak sendiri yang berperangai sedemikian, kita pun akan tegur dan marah mereka supaya duduk diam seketika. Namun ia bagaikan bercakap di angin lalu sebab anak tetap dengan karektornya yang lasak dan aktif. Aduh pening kepala!
Jangan marah atau cepat melabel anak jenis tak reti duduk diam ini sebagai nakal dan tak makan saman tapi fahami dulu karektor mereka dan sebenarnya mengapa mereka tak reti duduk diam.

Semoga penerangan dari Dr.Taufiq Razif dapat membuka minda ibu ayah dan masyarakt sekeliling terhadap kanak-kanak yang aktif, lasak dan tak tahu duduk diam. Mereka bukan tak boleh berjaya cuma perlukan cara didikan yang betul dan kena dengan caranya, InsyaAllah mereka akan cemerlang dunia dan akhirat.
APA ITU KECERDESAN KINESTETIK?
Kecerdasan kinestetik ataupun biasa disebut Body Smart ni adalah kemahiran dan bakat yang sangat istimewa. Cuma yang sedihnya ramai anak dengan bakat ni disebut sebagai anak nakal dan juga anak yang tak reti duduk diam.
Bukan!
Anak yang ada kecerdasan kinestetik ni memang belajar dan meneroka dunia melalui pergerakan tubuh dan anggota badan. Anak yang tinggi Kinestethic Intelligence ni disebut dengan Tactile Learners.

Si comel kita yang tak reti duduk diam tu kemungkinan seorang Tactile Learners yang mana mereka perlu melompat, belari, berjoget dan berguling-guling untuk menukarkan informasi dan ilmu tu kepada memori yang tertanam kukuh dalam otak mereka.
SUSAH FOKUS KALAU KENA DUDUK DIAM JE
Ibu bapa dan cikgu pun perlu faham yang seorang anak yang mempunyai kecerdasan Kinestetik yang tinggi ni memang susah nak belajar hanya melalui kuliah,ceramah dan demonstrasi yang mana mereka terpaksa duduk diam je. Mereka memang tak boleh! Mereka jadi bosan dan muram! Jadi kalau nak mereka belajar, kena bagi mereka aktiviti yang membuatkan mereka bergerak.
Banyak ciri-ciri anak yang mempunyai kecerdasan kinestetik yang tinggi ni antaranya mereka suka aktiviti yang melibatkan fizikal seperti berenang, naik basikal, melempar bola, tangkap bola dan berlari. Mereka jenis yang sensitif dengan persekitaran mereka, mereka menghargai tekstur benda yang dipegang, mereka tak takut pun tangan mereka kotor dengan debu dan tanah dan juga mereka suka sangat cabaran fizikal bila buat sesuatu.

Nak senang, tengok je anak kita ni jenis camne. Kalau jenis tak reti duduk diam kalau belajar, suka panjat-panjat kerusi, suka berlari sana sini, suka naik dan panjat tangga dan suka menari tu ada kemungkinan besar anak kita tu jenis yang ada kecerdasan kinestetik yang tinggi la tu.
Jangan main-main dengan anak yang ada kecerdasan kinestetik yang tinggi ni. Kalau digilap dengan cermat suatu hari nanti mereka berpotensi untuk menjadi seorang atlet sukan yang tangkas hingga la kepada pekerja yang cekap dan mahir. Jangan pandang rendah pada bakat dan kecerdasan terpendam anak kita ye.

berjaya

1.BUANG KETAGIHAN PADA MEDIA SOSIAL
-Seluruh dunia di negara maju hadapi masalah berat ini. Ketagihan pada media sosial. Berapa kerap anda semak email, FB, Twitter, Whatsapp dan seumpamanya. Ini dah menjadi-jadi sekarang. Saya juga jadi macam tu sejak pakai telefon pintar ni. Dah jadi satu ketagihan sebenarnya, walaupun mungkin anda tak rasa macam tu.
-Latih diri dari sekarang dan pakai media sosial secara berdisiplin berdasarkan keperluan. Fokus pada hasil. Kalau tak ada hasil buat apa nak buka media sosial.

2.BUANG PERANGAI NAK AMBIL HATI SEMUA ORANG
-Strategi nak bagi semua orang suka tidak akan pernah berjaya. Anda terpaksa jadi hipokrit atau mengkarung yang sentiasa bertukar warna ikut keadaan setempat untuk buat semua orang suka.
-Kalau nak berjaya, anda perlu terima hakikat akan ada orang yang betul-betul suka, dan akan ada sekumpulan lain pula yang meluat tak tau nak kata.
-Terima hakikat itu dan jalan terus. Itu lumrah kehidupan.

3.TINGGAL KAWAN YANG MINDANYA BERACUN
-Ada kawan yang kerjanya hanya nak kondem orang. Depan kita dia kondem orang lain. Banyak kemungkinan bila depan orang lain, dia akan kondem kita pula. Itu salah satu ciri orang yang punya minda beracun. Elakkan orang macam tu. Paling penting anda sendiri jangan dok jadi macam tu.
-Biasanya orang yang minda beracun ni punya karisma yang menarik. Mereka memang mudah didekati dan amat pandai sesuaikan keadaan.
-Orang minda beracun ni kerjanya lebih banyak kepada merungut, mengeluh, semuanya negatif, suka menghukum terus, ayat kesat, mencarut jadi mainan mulut, cepat panas baran, sentiasa berlakon jadi mangsa, terlalu banyak bercakap tapi kurang mendengar, potong ayat orang untuk sembur ayatnya yang beracun dan lain-lain lagi seumpamanya.
-Ada ramai yang akan tak selesa dengan saranan ini. Mereka rasa tak patut pilih kawan macam tu dan mahu bersikap cool habiskan masa dengan semua jenis orang. Kalau anda serius nak berjaya, jangan ikut sikap cool macam tu.

4.JANGAN CUBA JADI MANUSIA SEMPURNA
-Kalau nak tunggu sempurna baru nak cuba perkara baru, alamat sampai kiamat tak akan mencuba. Kalau nak jadi penembak tepat baru nak mula tembak, sampai ke mati tak akan jadi, menembak pun tak akan reti.
-Cara terbaik untuk jadi manusia sempurna adalah dengan tak buat apa-apa. Jadi tak akan berlaku satu pun kesalahan. Kalau anda ingat boleh bangga hidup tanpa buat salah, teruskan dengan dunia tak bergerak anda itu.

5.BUANG KEPERCAYAAN ADANYA FORMULA AJAIB
– Mohon maaf ! Buang perangai macam tu. Jangan percaya pada adanya formula ajaib.
-Semua kejayaan adalah gabungan ribuan kalau tak jutaan perkara kecil sedikit demi sedikit.

  1. BUANG PERANGAI CARI ALASAN
-Ramai orang suka cari alasan dari kecil sampai besar. Kecekapan cari alasan dah sebati dan keluar terpancul dari mulut tanpa perlu gunakan akal lagi. Sebab itu perangai buruk ini amat susah nak buang.
-Tapi nak buat macam mana, kalau serius nak berjaya, buang sikap cari alasan ini. Latih diri cari jalan. Tanya macam mana nak buat dan elak cari sebab kenapa tak perlu buat.

7.BUANG GAYA HIDUP BURUK YANG TAK SIHAT
-Jaga badan anda baik-baik. jangan biarkan penyakit berkumpul padanya.
-Satu-satunya tempat paling penting di mana anda jalani kehidupan adalah di badan anda sendiri. Jadi tolonglah jaga sebaik mungkin. Cuba sedaya upaya untuk hidup secara sihat. Bersenam, jaga makan dan jaga tidur.
Periuk nasi elektrik memang memudahkan kerja-kerja memasak. Tak perlu menunggu api bagi mengelakkan nasi hangit. Hanya letak di dalam bekas elektrik, tekan suis dan tunggu sahaja nasi masak. Mudah dan nasi pasti masak sempurna.  Namun, jangan tak tahu, periuk nasi elektrik ni bukan itu sahaja fungsinya. Jika keadaan darurat, macam-macam boleh masak menggunakan periuk ni. Biasanya bagi pelajar-pelajar universiti, memang biasa sangatlah masak menggunakan periuk nasi ni. Kadang-kadang pelbagai menu yang kita fikir agak susah nak masak, boleh dihasilkan. Ada sahaja idea kreatif yang terhasil. Maklumlah, nak jimat duit belanja.
Bagi geng mak-mak, idea masak menggunakan rice cooker ni pun anda boleh cuba. Mana tahu, tiba-tiba gas memasak habis, nak keluar beli pun susah.
Nak beli lauk pauk yang dah siap pun tidak sedap. Jadi, periuk nasi elektrik ni adalah penyelamat anda. Masa memasak mungkin agak lambat berbanding penggunaan dapur biasa namun ia adalah cara yang boleh dicuba bagi anda yang tidak mempunyai dapur induksi yang boleh digunakan dikala kecemasan sebegini. Antara menu-menu mudah yang boleh anda cuba ialah:
1. BIHUN CELUP SIAM
BAHAN -BAHAN:

  • 1 bungkus bihun| dicelur
  • Sedikit sawi | dicelur
  • Sedikit kubis | dihiris halus
  • Sedikit tauge
  • Sedikit daun sup | dihiris
  • Limau nipis
  • Sedikit kacang tanah | digoreng tanpa minyak, dibuang kulit dan ditumbuk kasar
  • Bawang goreng secukupnya
  • Sambal kicap secukupnya
  • Emping cili | jika suka

BAHAN SUP:
  • 1 kg ayam | direbus dengan 2 liter air hingga empuk. Air rebusan disimpan.
  • 1 1/2 biji bawang besar | dikisar
  • 5 ulas bawang putih | dikisar
  • 2 inci halia | dikisar
  • 1 batang serai | dititik
  • 1 bungkus sup bunjut
  • 1/2 cawan sos ikan
  • 1/2 cawan kicap manis
  • Gula dan garam secukup rasa
  • Sedikit minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
  1. Untuk menyediakan sup, panaskan periuk nasi. Kemudian masukkan minyak dan tumis bahan dikisar serta serai hingga naik bau.
  2. Kemudian masukkan sup bunjut dan air rebusan ayam. Biarkan mendidih.
  3. Tambahkan sos ikan, kicap, gula serta garam secukup rasa. Jika kuah kelihatan sedikit, tambah sedikit lagi air. Biarkan sehingga mendidih.
  4. Untuk menyediakan bihun celup, masukkan bihun, sawi, kubis, tauge, daun sup, kacang tumbuk, bawang goreng serta isi ayam yang telah dicarikkan ke dalam mangkuk.
  5. Kemudian tuangkan kuah dengan secukupnya.
  6. Taburkan emping cili, sambal kicap serta limau nipis. Sedia untuk dinikmati.

2. SPAGETI SEAFOOD
BAHAN-BAHAN:
  • 200gm spageti | dicelur
  • 150gm campuran makanan laut
  • 6 batang asparagus | dicelur & direndam dalam air berais
  • 4 ulas bawang putih | diketuk
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam
  • 1 sudu teh emping cili
  • 1/2 sudu teh oregano
  • 2 sudu makan mentega
  • Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
  1. Letakkan periuk nasi dan tekan on. Masukkan mentega dan tumis bawang putih hingga kekuningan.
  2. Masukkan campuran makanan laut dan goreng lagi hingga masak. Tutuip periuk jika perlu.
  3. Tambahkan spageti. Gaul rata.
  4. Kemudian masukkan serbuk lada hitam, emping cili, oregano dan perasakan dengan garam secukupnya.
  5. Masukkan asparagus. Gaul rata. Tutup periuk dan biar hingga asparagus masak.
  6. Sedia untuk dinikmati.

3. UDANG GORENG BERSAMA TELUR DAN DAUN BAWANG
Bahan Perapan Udang:

  • 300gm udang saiz sederhana ] buang kulit dan cuci bersih
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu teh minyak bijan
  • 1/2 sudu teh serbuk lada sulah
Hirisan:
  • 4 ulas bawang putih ] cincang
  • 1 biji bawang besar ] cincang
  • 3cm halia muda ] hiris halus memanjang
Lain-Lain:
  • 4 biji telur
  • 1/2 sudu teh serbuk lada putih
  • 50gm daun bawang ] potong 3cm
  • 1 sudu makan susu segar
  • Garam secukup rasa
  • 2 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
  1. Bersihkan udang dan toskan, kemudian gaulkannya dengan garam, minyak bijan dan serbuk lada sulah. Perapkan 5-10 minit dan ketepikan.
  2. Pecahkan telur dalam mangkuk dan campurkan dengan susu segar, serbuk lada sulah dan sedikit garam. Kacau rata sehingga sebati.
  3. Panaskan sedikit minyak dalam periuk. Biarkan panas dan tumiskan bahan hirisan hingga wangi.
  4. Kemudian masukkan udang, kacau rata hingga udang kemerahan (lebih kurang 5-8 minit). Angkat dan ketepikan.
  5. Seterusnya panaskan sedikit lagi minyak dalam periuk, masukkan telur dan kacau rata, lebih kurang dua minit.
  6. Masukkan daun bawang dan udang yang telah digoreng tadi.
  7. Kacau rata dan tutup periuk. Biar udang masak bersama daun bawang tadi. Kacau sekali sekala.
  8. Setelah udang kelihatan masak dan daun bawang layu, angkat dan dihidangkan panas-panas.

4. TELUR DADAR KENTANG
BAHAN-BAHAN:
  • 8 biji telur
  • 2 ketul ubi kentang
  • 2 biji bawang merah
  • 50gm tepung gandum
  • ½ sudu teh lada hitam
  • 1 sudu teh cincangan daun ketumbar
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu makan susu segar
  • 2 sudu makan mentega
  • Minyak untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
  1. Panaskan periuk nasi, masukkan sedikit minyak.
  2. Masukkan kentang yang telah dipotong kecil. Masak hingga lembut. Ketepikan.
  3. Di dalam mangkuk, pukul telur dan masukkan garam, susu, lada hitam,tepung gandum dan daun ketumbar, pukul hingga rata bahan-bahan tadi. Setelah itu masukkan kentang yang telah disejukkan. Kacau perlahan-lahan sehingga rata.
  4. Panaskan kembali periuk, letak mentega dan minyak sedikit.
  5. Masukkan telur tadi, kacau dengan perlahan-lahan. Tutup periuk dan biarkan sehingga masak.

5. SAMBAL TELUR HANCUR
BAHAN-BAHAN:
  • 4 biji telur
  • 5 biji bawang merah | kisar tanpa air
  • 2 ulas bawang putih |kisar tanpa air
  • 5 sudu makan cili kisar
  • Minyak untuk menumis
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Sedikit asam jawa
CARA MEMASAK:
  1. Panaskan minyak di dalam periuk. Tumis bahan yang dikisar sehingga wangi dan garing.
  2. Masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa. Kacau perlahan.
  3. Setelah kuah mendidih dan sedikit kering airnya, masukkan telur satu persatu.
  4. Jangan kacau dahulu, biarkan telur sedikit keras barulah digaulkan keseluruhan.
  5. Angkat dan sedia dihidangkan.
Info chef: Bawang perlu dikisar tanpa air bagi mempercepatkan ia garing.

6. KEK KEJU MUDAH
BAHAN A:
  • 100gm gula kastor
  • 4 biji kuning telur
  • 200gm yogurt
  • 40gm mentega
  • 400gm krim keju
BAHAN B:
  • 100gm tepung gandum
  • 4 biji putih telur
  • 120gm gula halus
CARA MEMASAK:
  1. Satukan bahan A. Kacau hingga semau bahan larut.
  2. Kemudian masukkan tepung gandum yang telah diayak. Gaul rata. Ketepikan.
  3. Dalam mangkuk berasingan, satukan putih telur dan gula sedikit demi sedikit. Pukul hingga kembang dan ringan.
  4. Masukkan putih telur ke dalam mangkuk berisi bancuhan tepung. Kaup balikkan hingga rata.
  5. Oles periuk dan tuang adunan kek. Masak dalam periuk nasi selama 50-60 minit.
  6. Angkat dan hidangkan.
Tonton cara-cara penyediaannya disini:




Kredit gambar & resipi: Ziera Johari II

7. MAKARONI GORENG KEJU
BAHAN-BAHAN:
  • 500gm makaroni
  • 2 tin sos Cheese & Herbs prego
  • 2-3 ulas bawang putih | diketuk/dihiris
  • 1 biji lada benggala ( merah & hijau)
  • 1 tin cendawan butang | hiris
  • 1 paket sosej ayam | hiris
  • 2 kiub pati ayam
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit minyak masak
CARA MEMASAK:
  1. Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bawang putih hingga kekuningan. Kemudian masukkan kiub pati ayam. Kacau hingga hancur.
  2. Masukkan sosej dan cendawan butang. Goreng seketika.
  3. Tambah sedikit minyak jika berkurangan.
  4. Masukkan sos cheese & herbs. Kacau sebati.
  5. Masukkan makaroni yang telah direbus.
  6. Jika kering sangat, masukkan 1/4 cawan air masak. Kacau sebati. Tabur sedikit garam jika perlu.
  7. Seterusnya masukkan lada benggala.
  8. Untuk lebih rasa berkeju, boleh tambahkan sekeping keju cheddar. Kalau tak masukkan pun tidak mengapa. Tutup periuk seketika supaya keju cair.
  9. Sedia untuk dinikmati.
Nota: Jika nak buat separuh paket makaroni, boleh kurangkan separuh untuk semua bahan kecuali cendawan butang. Untuk rasa lebih sedap, boleh tambah isi ayam yang dipotong kecil.


8. KERABU SOTONG SIAM KAP KUN KAP
BAHAN-BAHAN:
  • 300gm sotong | potong kecil
  • 1 biji tomato | cincang nipis
  • 2 biji cili merah |mayang halus
  • 4 biji cili padi | mayang halus
  • 1 labu bawang besar | mayang halus
  • 1 batang serai | mayang halus
  • 1 sudu makan cincangan daun ketumbar
  • 1 sudu makan air perahan limau nipis
  • Garam dan gula secukupnya
CARA MEMASAK:
  1. Dididhkan air di dalam periuk nasi kemudian celur sotong hingga masak. Toskan airnya.
  2. Satukan semua bahan di dalam mangkuk.
  3. Gaul sebati kesemuanya.
  4. Sesuaikan rasa dengan menambah garam dan gula secukup rasa.

Kredit resipi & gambar: Puan Rabiatun Adawyah Mohamed Din
9. SINGGANG AYAM
BAHAN-BAHAN:
  • 1/4 ekor ayam (potong kecil, dibersihkan dengan jus limau, bilas dan ditoskan)
  • 5 ulas bawang putih – diketuk
  • 2 batang serai – dititik
  • 1/4 bawang besar- dihiris
  • 1/4 batang lobak merah- dipotong kecil
  • 4 helai daun limau purut ( tak letak pun takpe)
  • 2 inci halia – diketuk
  • 2 keping asam keping
  • 1/2 biji tomato- dipotong
  • 5 biji cili api – diketuk @ dipotong.
  • Air secukupnya
  • Garam
CARA MEMASAK:
  1. Masukkan air, bawang putih, halia, ayam, daun limau purut, serai dan asam keping ke dalam periuk. Tutup periuk dan biarkan hingga mendidih dan ayam empuk.
  2. Masukkan tomato, cili api, lobak merah dan garam. Biarkan didih seketika.
  3. Siap dihidangkan dengan nasi panas, sambal belacan, sayur @ ulam dan telur dadar.


10. SAMBAL UDANG GORENG KACANG BOTOL
BAHAN-BAHAN:
  • 200gm udang
  • 5 batang kacang botol |hiris tebal
  • 1/2 biji perahan jus limau nipis
  • Minyak masak secukupnya
  • Gula dan garam secukupnya
BAHAN KISAR:
  • 5 tangkai cili kering
  • 4 biji bawang merah
  • ½ sudu teh belacan
  • 1 sudu makan udang kering |rendam dan tos dahulu
CARA MEMASAK:
  1. Panaskan minyak dan tumis bahan yang telah dikisar sehingga naik bau.
  2. Masukkan udang dan masak ia seketika dan masukkan kacang botol. Gaul rata. Tutup periuk seketika.
  3. Perasakan dengan jus limau nipis, garam dan gula secukup rasa.
  4. Sedia dinikmati.

11. ASPARAGUS BERSOS TIRAM
BAHAN-BAHAN:
  • 600gm asparagus |potong
  • 1 biji bawang besar |hiris
  • 3 ulas bawang putih |hiris
  • 10 biji cili api | hiris
  • 50gm udang kering
  • 5 sudu makan sos tiram
  • Garam secukupnya
  • Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
  1. Panaskan minyak dalam periuk. Masukkan bawang besar dan bawang putih serta cili api. Biarkan kekuningan.
  2. Masukkan udang kering. sos tiram dan garam secukup rasa. Kacau rata.
  3. Masukkan asparagus. Tumiskan hingga asparagus lembut. Angkat dan sedia dinikmati.

12. SIRA PISANG
BAHAN-BAHAN:
  • 10 biji pisang nangka
  • ¾ cawan gula
  • 1 cawan air
  • 6 tangkai bunga cengkih
  • 2-3 titik pewarna kuning
  • ¼ sudu teh kapur (untuk rendam pisang supaya x lembik)
CARA MEMASAK:
  1. Kupas kulit pisang dan rendam dengan kapur selama 10 minit.
  2. Di dalam periuk, masukkan air, pewarna kuning, bunga cengkih, gula dan masak sehingga mendidih.
  3. Masukkan pisang dan masak sehingga gula menjadi pekat dan tinggal sedikit kuantiti airnya. Padamkan api.
  4. Sedia untuk dinikmati.


13. CUCUR SAYUR BERKEJU
BAHAN-BAHAN:
  • 2 cawan tepung gandum
  • 200gm keju Mozarella
  • 1 biji telur
  • Sedikit hirisan daun bawang
  • Sedikit cili benggala | dipotong dadu
  • Sedikit bawang Holland | potong dadu
  • Sedikit garam
  • Sedikit perasa ayam
  • 1 cawan air panas
  • Minyak untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
  1. Campurkan tepung dengan daun bawang, cili benggala, bawang, serbuk perasa ayam dan garam di dalam mangkuk.
  2. Masukkan pula telur, kacau rata, kemudian masukkan air panas.
  3. Kacau adunan hingga sebati.
  4. Bulat-bulatkan keju seperti guli.
  5. Ambil keju, kemudian masukkan dalam adunan tepung. Dan bulatkan adunan tepung dengan tangan.
  6. Panaskan minyak di dalam periuk. Kemudian goreng cucur hingga garing.
Teknik tanam pokok buah dalam pasu memang dah meluas sekarang. Teknik ini lebih popular dengan panggilan TABULANPOT atau bila diMelayukan bermaksud tanam buah dalam pot/pasu. Pokok pisang juga tidak terkecuali boleh ditanam dalam pasu. Tanam pisang dalam pasu bukan lah sesuatu yang susah sebenarnya. Namun ada beberapa perkara perlu diperhatikan:
Jenis pisang
Kebiasaannya, jenis pokok pisang yang sesuai dan mudah untuk teknik tabulanpot adalah dari jenis renek atau Dwarf. Ia boleh mencapai ketinggian antara 1.5 hingga 4 meter maksimum. Kalau macam tu, di Malaysia banyak jenis pisang yang tinggi tak lebih 3 meter. Sesuai sangat dah tu.

Antara jenis yang bersesuaian adalah
  • Dwarf red
  • Dwarf cavendish
  • Dwarf Brazilian
  • Dwarf Jamaican
  • Rajapuri
  • Wiliam Hybrid
  • Gran nain
  • Dwarf “Lady Finger”
  • Musa Sikkimensis ‘red tiger’
  • musa ornata

Cahaya matahari
Pokok pisang memerlukan cahaya matahari sepanjang hari. Sebab tu, kalau anda merancang nak jadikan pokok pisang ini sebagai tanaman indoor, perlu letakkan ia berhampiran tingkap yang menerima cahaya matahari terus.
Medium tanaman
Untuk medium tanaman secara ladang dengan pasu mesti berbeza. Sebab dalam pasu, pergerakan pokok terbatas untuk mencari sumber. Tambahan pula, pokok pisang mempunyai sistem akar yang pendek.
Oleh itu, medium atau tanah yang digunakan untuk tanam pisang dalam pasu WAJIB mempunyai saliran dan pengudaraan yang baik. Di samping itu juga, pastikan pH tanah antara asid dan natural iaitu 6-7 untuk membekalkan potassium dan nutrisi yang diperlukan pokok pisang. Kalau tanah anda beralkali, campurkan sedikit sulfur.

Siraman
Medium tanaman pokok pisang perlu sentiasa lembap, Bukan basah tau. Oleh itu, pastikan siraman dilakukan apabila perlu sahaja. Nak selamat, masa penyediaan campuran medium tanaman letakkan sekali perlite atau beli sahaja campuran medium yang tersedia yang dah ada. Perlite bukan sekadar mampu memperbaiki struktur pengudaraan tanah, malah mengekalkan kelembapan dalam tempoh yang lama.
Pembajaan
Pisang adalah antara tanaman yang mempunyai tempoh pertumbuhan atau tumbesaran yang agresif. Oleh itu, pembajaan untuk pokok pisang amat penting untuk tumbesaran optimum. Anda boleh gunakan baja 15:15:15 untuk merangsang pertumbuhan pokok pisang. kalau berhajat untuk hasilkan buahnya pula, boleh cuba baja 15:5:30
Pasu
Pasu yang diperlukan untuk tanam pokok pisang adalah 2x ganda lebih besar dari saiz rootball nya. dan yang paling penting, ia dilengkapi dengan sistem saliran yang baik. Kebiasaannya, pasu tanah liat atau terracotta menjadi pilihan kerana ia mempunyai struktur pengudaraan dan saliran yang baik pada keseluruhan dinding pasu. Selain itu juga, pasu terracotta tidak serap haba. Jadi, ia mampu mengekalkan kelembapan di dalam tanah.